Wednesday, April 20, 2011

Cincin Kesayangan - Cincin Perak Delima Asli - Maharnya RM2800

Cincin Batu Delima Asli ini saya tebus melalui adik saya dari seorang penjual cincin. Sebelum cincin ini berpindah milik kepada saya, cincin ini berada ditangan penjual cincin tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Rupa-rupanya cincin ini telah ditakdirkan Allah untuk berpindah milik kepada saya.

Sebelum saya menebus cincin ini, saya telah beberapa kali memohon petunjuk dan beberapa kali juga saya menggunakan scanning dengan kaedah rohani. Dan saya juga telah merujuk cincin ini kepada guru saya untuk dilakukan scanning juga. Apa yang kami dapati adalah sama, energy pada batu cincin ini adalah kuat dan mempunyai aura yang sangat berlainan.

Diantara aura yang dikesan pada cincin ini adalah aura pengasihan yang kuat, kewibawaan, keberanian, aura perubatan dan saya rasa tidak melampau sekiranya saya katakan ianya juga memiliki aura menarik kerezekian, wallahu'aq'lam...

Ada beberapa orang sahabat saya yang mahir dalam bidang batu permata pernah memegang cincin ini dan mereka merasakan ada satu pengaliran energy yang sangat kuat. Batu delima ini adalah asli dan telah dirujuk kepada pakar batu permata untuk mendapatkan sijil keaslian. Ini bermakna, batu permata delima asli ini memiliki sijil pengesahan keaslian.

Manakala seni pertukangan cincin peraknya pula adalah sangat halus dan membuatkan sesiapa yang terpandang cincin ini akan menoleh sekali lagi untuk melihat dengan lebih dekat. Sahabat-sahabat saya yang pernah melihat cincin ini, melihatnya berulang-ulang kali seolah-olah mereka tidak puas untuk menatap cincin tersebut.

Batu Delima ini adalah bersifat alami dan tiada unsur-unsur khadam ataupun jin. Buat masa ini saya tidak bercadang untuk memindah milik cincin ini kerana pada saya kita tidak akan jumpa lagi cincin yang sebegini. Namun begitu sekiranya ada yang berminat boleh lah menghubungi saya, dan sekiranya ada rezeki tuan-tuan mungkin terbuka hati saya untuk memindah milik cincin delima ini, Wallahu'aq'lam.

Batu delima ini berwarna merah pekat, batu lebih cantik dari gambar kerana saya hanya menggunakan kamera handphone untuk mengambil gambar-gambarnya. Cincin bersaiz 20. Cincin perak tempahan tangan, kuku suasa, diukir bunga pahat, cincin ada batu permata di sekeliling, dan ada 6 batu permata di bahagian sisi kiri dan kanan. Cincin ini sangat cantik dan mempersonakan.










1 comment:

  1. Asalamualaikum,
    Saya ada seorang kawan, Ustaz Azrin mempunyai cincin yang lebih kurang sama seperti ini. Fuh..lawa

    ReplyDelete