Thursday, June 16, 2011

Bio Disc - HARGA PROMOSI RM1300 SEKEPING... - Harga Pasaran Sekeping RM1930 (SOLD)





(SOLD / TELAH DIJUAL)
SILA HUBUNGI SAYA SEGERA, STOK SANGAT TERHAD, HANYA TINGGAL SEKEPING SAHAJA... HARGA PASARAN SEKEPING RM1930. HARGA PROMOSI...HARGA PROMOSI...HARGA PROMOSI... RM1300... SILA CALL ATAU SMS UNTUK PERTANYAAN
019-2983455..

Antara Penyakit-penyakit yang berjaya dirawat menggunakan Biodisc adalah seperti berikut:

Kencing Manis
Darah Tinggi
Gout
Migrain
Lupus
Kanser
Batu Karang
Asma
Gastrik
Lenguh Sendi
Sakit/Lenguh Tengkuk
SIS (Ketumbuhan dalam rahim)
Penyakit Kulit

... Dan macam-macam lagi penyakit yang boleh dirawat. Menggunakan Biodisc ini adalah salah satu alternatif atau usaha kita dalam mencari ubat atau penyembuh penyakit... Jangan salah tafsirkan bahawa Biodisc ini adalah penyembuh penyakit, ia adalah satu usaha kita dan usaha ini akan ditentukan olehNya...

FAEDAH-FAEDAH BIO DISC

1. Memberi tenaga kepada air minuman.
2. Memaksimumkan pengambilan zat-zat.
3. Memperbaiki rasa. Menjadikan makanan dan minuman lebih sedap.
4. Membantu mendapat tidur yang baik.
5. Memanjangkan jangka hayat cecair.
6. Meningkatkan kesihatan.
7. Meningkatkan sistem pertahanan badan.
8. Menyegarkan sel-sel mati
9. Meningkatkan tahap oksigen di dalam darah.
10. Mengurangkan tahap stress.
11. Meminum air tenaga bio disc membantu anda membuang toksik dan menjaga sel-sel tubuh.
12. Memberikan kesan positif dan membuang kesan negatif.
13. Mengunci molekul klorin.


Apa itu biodisc?

Satu teknologi komersil yang menggunakan kristal untuk mentenagakan cecair. Boleh didapati di pusat-pusat kesihatan dan spa semenjak 15 tahun yang lepas. Sekarang dengan teknologi dari Jerman, kaca – mineral/kristal dikecilkan kepada 1/1 000 000 000 (billion) daripada saiz asalnya iaitu teknologi nano. Dengan dipanaskan pada suhu tinggi, ia dilakurkan ke dalam kaca berbentuk cakera yang dapat dimuatkan ke atas tapak tangan. Bio Disc adalah alat untuk menjana tenaga semulajadi yang mengeluarkan gelombang tenaga SCALAR yang tidak mempunyai sebarang kesan sampingan.

Tenaga yang dijana adalah khusus untuk memperbaiki dan menyegarkan struktur molekul/zarah dalam cecair. Struktur molekul ini menyebabkan semua cecair menjadi lebih terhidrat, rasa lebih sedap, air akan mendidih dengan lebih cepat dan memanjangkan usia hayatnya.
Bio Disc memancarkan Gelombang Beta yang mana ia mengharmonikan dan menjadikan gelombang sel-sel badan kita kembali normal (penerangan contoh-contoh tenaga yang lain adalah seperti kesan magnet ke atas logam yang tertarik kepada magnet, X-ray ke atas negatif filem untuk mendapatkan gambar).
Fokus kepada 3 kaedah iaitu:-

1) Air – Berputar, gema, gelombang, memberi tenaga, kelompok-kelompok zarah.

Bio Disc memperbaiki putaran, gema, gelombang air, mengurangkan saiz kelompok zarah air kepada lebih kecil (mikro) dan memperbaharui zarah-zarah air. Di dalam kristal rantaian zarah air adalah dalam formasi dan gelombang yang normal. Ia memastikan penyerapan ke dalam sel adalah optimum iaitu membawa oksigen, ubat-ubatan dan vitamin kepada sel-sel pada tahap zarah. (Cuba letakkan lemon, sos soya, garam, vodka di atas cakera selama 20 minit untuk menunjukkan kesan Bio Disc keatas cecair)

2) Cahaya – FAR Infrared (dari spectrum cahaya) apabila dihalakan melalui Bio Disc akan mengeluarkan endorphins dalam sel-sel (penahan sakit semulajadi).

3) Esmog – Disebabkan oleh semua bentuk alatan-alatan elektrik, talipon tanpa wayar,

komputer (boleh layari internet untuk mengetahui lebih lanjut tentang Esmog). Boleh menyebabkan kesan cranial (ke atas otak), sakit kepala, kelesuan, kesan visceral (ke atas organ badan). Belum dapat ditentukan lagi tetapi kelemahan ke atas otot-otot dapat ditunjukkan. Di barat banyak alat boleh didapati untuk mengesan dan mengurangkan Esmog (buat uji kaji hand phone). Bio Disc memperbaharui gelombang sel-sel kita kepada normal dan membuang kesan Esmog.

IA DIPERBUAT DARIPADA APA?

• Diperbuat daripada 13 mineral semulajadi yang direka cipta dan dihasilkan secara teknikal.
• Mineral-mineral ini dihubungkan secara berstruktur pada tahap molekul oleh proses pelakuran NANO dengan menggunakan kaedah pelakuran haba-tinggi.
• Kombinasi mineral dan teknik pelakuran ini menghasilkan penukaran pemangkin tenaga yang dikenali sebagai “Tenaga Scalar”.
• Teknologi abad ke 21 membangunkan gelombang secara semulajadi yang tahan lama yang boleh dipindahkan ke mana-mana cecair, memperbaharui struktur rantaian semulajadi molekulnya.

BAGAIMANA TENAGA DIPINDAHKAN KE AIR DENGAN MENGGUNAKAN BIO DISC?

• Tenaga yang diputarkan arah lawan jam masuk ke dalam cecair.
• Atau cecair boleh dituangkan ke atas Bio Disc di mana cecair akan “mengambil” gelombang.
• Gelombang yang dihasilkan adalah mirip kepada yang ditemui di serata kolam air panas di seluruh dunia.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN BIO DISC?

• Letakkan di dalam peti sejuk untuk memberikan tenaga kepada semua bahan makanan untuk pengambilan zat-zat yang lebih baik.
• Letakkan di dalam botol minuman semalam untuk mentenagakan air.
• Letakkan di bawah katil untuk memperbaiki tidur.
• Letakkan di dalam air mandian untuk memperbaiki tenaga di dalam badan.
• Bawa ke mana-mana sahaja untuk menghalang “jet lag” dan meningkatkan tahap tenaga.
• Letakkan di dalam tangki akuarium untuk membuatkan ikan lebih bertenaga.

SOALAN-SOALAN YANG SERING DITANYA TENTANG BIO DISC

1. Apakah itu Bio Disc?
• Bio Disc adalah alat untuk menghasilkan tenaga semulajadi. Tenaga yang dihasilkan bertujuan untuk membaiki dan menyegarkan struktur molekul cecair. Penstrukturan semula molekul ini menjadikan cecair lebih hidrat, lebih sedap dan jangka hayat lebih lama. Bila diletakkan di dalam peti sejuk, gelombang tenaga Bio Disc akan menyerapi semua bentuk cecair, daging, sayuran dan buah-buahan dan menjadikan ia lebih sedap dan tahan lama. Rantaian molekul yang baru ini adalah mirip kepada rantaian air panas semuladi. Seperti sayuran dan buah-buahan, badan kita secara perlahan-lahan akan hilang rantaian molekul apabila usia meningkat. Tetapi molekul ini dapat disatukan semula atau ditenagakan untuk menjadi lebih bertenaga dengan menggunakan Bio Disc.

Ciri-ciri air hidrat adalah sangat penting untuk kesihatan. Penstrukturan molekul-molekul air menambah pengaliran oksigen di dalam darah, membuang toksik, meningkatkan pembuangan toksik oleh hati dan meningkatkan pengambilan zat-zat oleh badan. Tenaga semulajadi dari Bio Disc dapat memperbaiki corak tidur apabila diletakkan di bawah katil dan menambahbaiki tenaga positif CHI dalam badan apabila dipakai atau diletakkan di dalam beg. Ia juga diketahui dapat menghilangkan kesakitan apabila sinaran matahari dipancarkan melaluinya.

2. Ia diperbuat daripada apa?

• Ia diperbuat daripada mineral-mineral semulajadi dengan direka cipta secara pelakuran teknikal dan digabungkan secara berstruktur pada tahap molekul, dengan menggunakan beberapa kaedah pelakuran haba-tinggi. Kombinasi mineral-mineral dan teknik pelakuran ini mencetuskan penukaran tenaga bermangkin yang menghasilkan gelombang semulajadi yang tahan lama. Gelombang ini dapat dipindahkan ke dalam mana-mana cecair untuk memperbaharui rantaian molekulnya.

3. Bagaimana Ia Berfungsi?
• Gelombang irama “Beta” yang berpusing dalam arah lawan jam dan juga seperti gelombang tenaga yang lain, boleh mempengaruhi objek-objek kaku. Sebagai contoh objek logam dan X-ray boleh mempengaruhi gulungan filem. Seperti juga gelombang beta pada gelombang dan kelajuan yang betul akan mempengaruhi cecair.

4. Apakah Jenis-jenis Mineral Yang Ada Pada Bio Disc? Berapa Jumlah Mereka?
• Badan kaca bio disc mengandungi 13 mineral yang tersimpan di situ. Dengan menggunakan teknik pelakuran haba-tinggi yang direka cipta secara teknikal. Setiap butiran mineral mempunyai bentuk dan saiz tersendiri yang dicampurkan dengan mineral yang lain melalui proses penukaran bermangkin yang menghasilkan gelombang yang berputar yang dipanggil tenaga CHI.

5. Bagaimanakah Tenaga Dipindahkan ke air dengan menggunakan Bio Disc?
• Tenaga dalam Bio Disc yang berputar arah lawan jam memasuki ke dalam cecair apabila dituangkan ke atas Bio Disc di mana cecair akan mendapat gelombang. Gelombang yang dijana adalah mirip yang didapati di dalam bumi di sekitar kebanyakan kolam air panas. Pada masa ini saintis masih belum dapat memahami bagaimana cecair berkelakuan berlainan dan positif di dalam medan tenaga. Banyak kajian yang dilakukan sekarang tertumpu kepada ini kerana 70% daripada tubuh manusia dalah air. Adalah penting untuk menyuburkan tubuh kita dengan struktur air yang betul.

6. Di manakah bukti yang mengatakan Bio Disc menukar air kepada air tenaga (energise water)?
• Terdapat pelbagai cara untuk menguji tahap tenaga semasa yang positif dan berkesan.
a) Menggunakan alat pengukur tenaga benda hidup. Yang terbaik dan selalu digunakan secara komersil adalah mesin Prognos dan Medec.
b) Cara mudah ialah dengan menggunakan deria rasa, penglihatan dan juga sensor2 sensetif badan. Cara tersebut seperti:-

• Buatkan hirisan lemon atau limau nipis.
• Letakkan hirisan tadi di atas Bio Disc.
• Letakkan beberapa hirisan lagi di tempat lain jauh melebihi 5 meter dari Bio Disc.
• Biarkan selama 20 minit
• Selepas 20 minit lihat struktur hirisan tersebut.
• Rasa hirisan yang diletakkan di atas Bio Disc; rasanya lebih segar dan kurang berasid (masam) dan lebih manis daripada hirisan yang tidak diletakkan di atas Bio Disc.

7. Bagaimana anda tahu ia sebenarnya bertukar kepada cecair bertenaga?
• Lakukan ujian yang sama dengan menggunakan “air tenaga” yang kamu buat dengan meletaknya di atas Bio Disc semalaman. Tuangkan air ke dalam 4 gelas dan letakkan hirisan lemon/limau nipis ditengah-tengah 4 gelas tadi. Biarkan selama 20 minit dan lakukan ujian yang sama seperti soalan 8.

8. Adakah teknologi bio anda ke atas Bio Disc mendapat pengiktirafan dan kelulusan dari badan-badan antarabangsa seperti FDA?
• Penciptaan Bio Disc adalah berdasarkan fakta-fakta dan *teori fizik kuantum. Setakat ini tidak diketahui tentang ujian dan kelulusan oleh badan-badan kerana sains ini terlalu maju berbanding teknologi semasa. Apa yang boleh kita katakan ialah Bio Disc tidak mempunyai elemen radioaktif yang membahayakan tubuh badan. Ia mengandungi potassium yang digunakan untuk fungsi sistem saraf, jantung dan otak. Semua ujian-ujian yang dijalankan setakat ini yang menggunakan mesin Prognos dan Medec membuktikan tubuh badan menjadi bertambah sihat dengan hanya meminum air yang diletakkan di atas Bio Disc. Dalam perubatan tradisional Cina, Bio Disc dibuktikan bernilai sebagai alat kesihatan kerana keseimbangan di dalam *Ying dan Yang.

9. Adakah anda mempunyai keputusan ujian makmal yang membuktikan Bio Disc ini berkesan?
• Banyak ujian-ujian dan keputusan yang dibuat dan didapati dengan mengunakan mesin Medec dan Prognos

10. Berapa jauh tenaga ini boleh dipindahkan?
• Medan tenaga ini dapat diukur sehingga 70 meter menegak dan 20 meter mendatar

11. Berapa luaskah liputan medan ini?
• Keberkesanan medan untuk pertukaran/pemindahan adalah 5 meter persegi.

12. Bagaimana ia digunakan untuk memperbaiki tidur? Apakah yang patut dilakukan?
• Gangguan tidur disebabkan oleh pelbagai faktor. Salah satu penyebab tidak mendapat tidur yang nyenyak ialah ESmog. ESmog adalah gelombang yang mirip seperti telefon bimbit, yang dihasilkan daripada kabel elektronik di dalam dinding dan siling. Dengan meletakkan Bio Disc di bawah tengah-tengah katil (di atas lantai di tengah-tengah antara 4 kaki) gelombang sederhana daripada Bio Disc akan membuang kesan E-Smog dari dalam badan.

13. Bolehkah saya menggunakan Bio Disc untuk menyembuhkan sakit lutut dan Gout? Bagaimana caranya?

• Kesakitan berulang di sebabkan oleh pelbagai faktor. Radang/bengkak boleh menjadi penyebab kepada kesihatan. Dengan meminum air tenaga Bio Disc, ia akan membuangkan kesan toksin di dalam badan dan akan mengurangkan bengkak serta kesakitan. Dengan memegang Bio Disc ke arah cahaya matahari atau lampu suluh akan menyebabkan tumpuan cahaya. Ini diketahui dapat menghilangkan kesakitan. Dengan meletakkan Bio Disc di mana cahaya matahari dapat dibiaskan (logo Bio Disc menghala ke badan). Tidak perlu untuk menanggalkan pakaian atau kasut kerana sinar matahari ini dapat menembusi semua permukaan. Putarkan Bio Disc ke arah lawan jam ketika sinar matahari/lampu suluh di pancar melaluinya. Teruskan perbuatan ini selama 15 minit. Jika kesakitan tidak hilang, sila dapatkan nasihat doktor.

14. Bagaimana ia digunakan untuk menguraikan air berklorin?

• Sementara klorin diketahui ada kebaikannya, ia juga diketahui membunuh kehidupan. Ikan dan tumbuh-tumbuhan tidak dapat hidup jika ada klorin dan ia telah diharamkan di Jerman untuk digunakan di dalam air minuman untuk beberapa tahun. Jika sumber air anda mempunyai klorin, anda boleh meletakkan sebotol air yang berklorin tersebut semalaman di atas Bio Disc. Struktur molekul air yang baru akan menghilangkan bau dan rasa klorin tetapi klorin masih lagi berkesan. Tetapi dalam hal ini ikan dan tumbuh-tumbuhan dapat hidup dalam air ini.

15. Bagaimana ia meningkatkan kadar oksigen di dalam air?

• Tiada ujian jelas menunjukkan peningkatan kadar oksigen terurai di dalam air. Walau bagaimanapun struktur molekul air yang baru “mengunci molekul oksigen pada tahap sel-sel”. Ini dapat dikatakan apabila seseorang meminum air ini, sel badan dapat dengan mudah menyerap oksigen di dalam air. Ini dengan mudah dapat dikesan oleh ujian sampel darah atau mesin Prognos, tidak seperti air beroksigen yang dikeluarkan di mana kebanyakan oksigen diurai oleh asid-asid perut.

16. Bagaimana ia menukar rasa makanan dan minuman di dalam peti sejuk?

• Struktur molekul badan (DNA) dapat “dihubungkan” dengan struktur molekul bioteknologi cecair melalui deria rasa lidah. Daripada perlu untuk merasa setiap bahagian cecair, deria rasa lidah hanya akan memilih untuk merasa mana yang mereka suka.

17. Bagaimana ia mencegah “jetlag”?

• Semakin cair cecair, organ badan akan mudah untuk menyerap air dan meningkatkan kelembapan. Struktur semulajadi molekul terdiri dari beribu-ribu kelompok molekul. Organ-organ badan boleh dilembabkan dan menyerap cecair dengan lebih mudah. Tambahan pula, ketegangan permukaan air telah dibuang (biofilem) untuk menambahkan lagi kesan kelembapan.

Peningkatan potensi oksigen - peningkatan oksigen di dalam sel darah akan meningkatkan tahap tenaga. Struktur semulajadi molekul akan mengunci oksigen dan gas-gas lain di dalam cecair dan menjadi penahan “kuantum”. Gas-gas ini tidak boleh menjadi wap kerana ia adalah sebahagian daripada cecair. Dengan ini membolehkan DNA badan menyerap kadar oksigen dengan lebih tinggi berbanding cecair lain.

18. Apakah lagi kelebihan Bio Disc selain daripada di atas?
• Badan menjadi lebih bertenaga apabila mandi menggunakan air Bio Disc. Badan akan menyerap air tenaga Bio Disc melalui kulit. Kesan dari kepala hingga ke kaki seseorang itu akan berasa positif dan bersemangat sepanjang hari apabila mandi menggunakan Bio Disc.
• Gosokkan rokok di atas Bio Disc. Rasakan rokok akan rasa lebih sedap dan mengurangkan rasa tekak terbakar.

19. Apakah perbezaan dia antara Bio Disc dengan Sistem Rawatan Air Ozon, Sistem Rawatan Air Diamond dan Air Beroksigen?

• Sistem yang disebutkan di atas adalah sistem penapisan yang mana membersih dan menyahkuman air. Bio Disc tidak melakukan kedua-dua ini. Ia hanya menambah tenaga positif ke air minuman yang kita pilih. Ia boleh dibuat sebanyak atau sedikit yang dikehendaki. Bio Disc juga memberi kesan positif kepada makanan dan minuman.

20. Apakah perbezaan Bio Disc dengan produk-produk yang lain seperti magnet dan disc seramik?

• Bio magnet adalat alat/cara lama yang kadangkala mempunyai kesan, kadangkalanya tidak. Perubahan ini adalah disebabkan bumi ini adalah medan bio magnet yang terbesar dan bergantung di mana anda berada medan magnet bumi akan mengatasi kesan pengaruh setempat medan magnet. Alat ini TIDAK mewujudkan struktur moleikul/zarah tetapi menghimpun molekul bersama-sama. Jadi sedikit perbezaan rasa dapat dikesan sekali sekala.

• Disc seramik – diperbuat dari debu seramik yang dihancurkan berulang kali dengan tahap radiasi yang rendah. Satu teknik yang lama untuk menyerap e-smog. Ini adalah satu-satunya fungsi alat ini. Apabila “penuh” ia tidak akan berfungsi dan tidak berupaya untuk menyerap e-smog lagi.

• Tidak seperti Bio Disc yang membauang e-smog, menambah struktur rantaian molekul/zarah, melembutkan cecair, mengubah rasa, menguatkan keseimbangan badan dan boleh digunakan dengan lampu suluh led untuk menghasilkan tenaga scalar.

TESTIMONI – TESTIMONI BIO DISC

Migrain

Kawan-kawan saya menggelar diri saya "kaki migrain" kerana saya merana serangan migrain sekali dalam 7 - 10 hari. Tanpa disedari, setelah meminum air tenaga Bio Disc sejak 5 bulan lepas saya mendapat migrain hanya 2 kali. Ini memberikan saya banyak kebebasan kerana saya tidak dikawal oleh migrain lagi.

Terima kasih Bio Disc!

En. Zainal Abidin Ismail

Perkembangan Anak-anak

Anak perempuan saya sekarang berusia 10 tahun. Bagaimana pun dia lembab dalam pelajaran. Ketika berusia 3 tahun, dia hanya boleh bertutur 2 perkataan sahaja iaitu "bu" untuk ibu dan "cucu" untuk susu. Jika dibandingkan dengan anak-anak saya yang lain yang boleh bertutur ketika berusia 1 tahun. Sehinggalah baru-baru ini, dia masih lagi sukar untuk membaca. Dia boleh menyebut suku kata tetapi tidak keseluruhan perkataan. Anak saya juga belajar membaca Al Quran daripada imam, tetapi dia tidak dapat menghabiskan satu surah walau pun mengambil masa yang lama.

Seluruh keluarga saya meminum air tenaga Bio Disc termasuklah dirinya. Hanya selepas 1 bulan, saya terpegun kerana dia meminta saya membelikannya sebuah buku komik apabila kami keluar membeli belah. Selalunya dia kan meminta gula-gula. Lebih baik lagi, dia hampir habis membaca seluruh 80 mukasurat komik itu dengan sendirinya. Dia juga dapat membaca Al Quran dengan lebih cepat dan sudah pun habis membaca surah pertama.

Baru-baru ini, dia hendak pergi berkhemah. Bagaimanapun, saya tidak mengizinkan dia pergi. Dia sangat kecewa dan saya menyuruhnya masuk tidur. Selepas itu saya mendapati dia meniggalkan nota di atas meja komputer saya yang berbunyi "ayah, tolong benarkan Alang pergi berkhemah?". Itu adalah pertama-tama kalinya dia menulis satu ayat. Saya sangat terharu kegembiraan.

Produk ini begitu menakjubkan!

En. Zainal Abidin Ismail

Tiriod

Saya menderita sakit tiriod sejak beberapa tahun yang lalu dan dijadualkan untuk menjalani pembedahan di SMC. Profail tiriod saya adalah Tahap FreeT4 @ 79mol/L (normal 12-22), FreeT3 <>5.5mU/L (normal 0.30-5.5). Selepas minum dan mandi air tenaga dan membawa Bio Disc bersama saya setiap hari selama 4 minggu. Profile penyembuhan tiriod saya menunjukkan: FreeT4 @14.3pmol/l, FreeT3 @ 4pmol/L, TSH @0.94mU/L. Doktor saya sangat kagum keatas akadar penyembuhan saya setelah mencuba sedaya upaya selama beberapa tahun untuk menjadikan profail tiriod saya ketahap normal. Saya kini disahkan sihat sepenuhmya.

Pn. Saf, Lahad Datu, Sabah

Lanjut Usia

Nenek saya berusia 93 tahun. Pada usia sebegini dia sangat lemah dan kurang bergerak. Tambahan pula dia seperti terpinggir dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Dia juga tidak dapat memberi tindak balas terhadap sapaan seseorang. Ini adalah satu proses normal bila umur semakin lanjut. Selepas itu kami mula meminum air tenaga Bio Disc. Selepas hanya sebulan meminum air ini, nenek saya kembali kuat untuk berjalan dengan sendiri. Dia sudah bertindak balas dan akan memberikan salam dan bercakap-cakap dengan sesiapa yang datang ke rumah. Saya sangat terpegun. Bio Disc memang berkesan! Cik Nattrah Mohammad

Susah Untuk Tidur

Ibu saya berusia 54 tahun. Dia selalu mendapat masalah untuk tidur. Dia masih boleh berjaga walau pun pada pukul 2 pagi hingga 5 pagi, dia masih boleh berjaga. Keadaan ini menyukarkan bapa saya untuk tidur kerana tidurnya juga terganggu.

Jadi saya mengambil keputusan untuk meletakkan 4 botol air tenaga Bio Disc di keempat-empat penjuru bilik tidurnya. Selepas sebulan, ibu saya dapat tidur sepanjang malam. Bukan setakat itu sahaja, dia juga kembali bertenaga dan kuat, tidak seperti dahulu di mana dia akan termengah-mengah apabila berjalan hanya sejauh 200 meter sahaja. Sekarang dia sangat aktif dan sudah boleh berkebun.

Bio Disc menolong keluarga saya!

Cik Nattrah Mohammad

Kencing Manis

Saya menghidap penyakit kencing manis sejak 1990. Saya selalu membuat pemeriksaan tetap sekali setiap 5 bulan dan doktor akan mengambil purata kadar gula (HBA1C) dalam tempoh 3 bulan. Bacaan ini sentiasa meningkat semenjak setahun lepas walau pun saya mengambil ubatan-ubatan yang maksimum. Saya mengambil kedua-dua ubatan makan dan insulin.

Saya diperkenalkan dengan Bio Disc pada April 2006 dan terus meminum air Bio Disc. Terkejut, hanya selepas sebulan meminum airnya, paras HBA1C saya turun perlahan-lahan. Hari ini selapas 7 bulan meminum air tersebut, saya pergi membuat pemeriksaan doktor mengatakan yang keadaan saya semakin baik hinggakan dia hanya memberikan separuh sahaja ubat-ubatan berbanding dahulu. Yang menakjubkan ialah saya tidak mengamalkan apa-apa pantang, bahkan, saya bimbang kerana saya tidak dapat menahan selera makan ketika musim perayaan yang baru lepas.

Saya juga ingin berkongsi pengalaman anak perempuan saya yang berusia 5 tahun. Dia sukar untuk minum air dan kami selalunya akan campurkan air dengan jus agar dia mahu minum. Tetapi, setelah menggunakan Bio Disc, kami tidak lagi menghadapi masalah untuk menyuruhnya minum air.

Bio Disc memang menakjubkan!

Mr. Thinagar Paramasivam

Sakit Lutut

Saya berusia 62 tahun dan banyak bermain hoki dari tahun 1954 hingga 1987. Saya mempunyai masalah sakit lutut yang serius sejak 5 tahun lepas. Doktor mendapati lutut saya mengalami kemerosotan tulang dan cecair lutut. Doktor telah memberikan saya 2 pilihan iaitu:-

1) pembedahan untuk menggantikan lutut
2) mengambil pil penahan sakit dengan glucosamine seumur hidup
Saya mengambil pilihan yang ke2. Saya telah mengambil ubatan ini sejak 5 tahun lepas. Saya tidak gembira kerana kosnya mahal dan kesakitan serius lutut saya masih ada. Sangat sukar untuk saya bergerak hinggakan terpaksa menggunakan tongkat sejak 6 bulan lepas.

Selepas diperkenalkan dengan Bio Disc di mana saya menyapu air tersebut di sekitar lutut sekerap yang saya mampu. Saya sangat terpegun! Dalam sehari sahaja kesakitan telah hilang dan saya tidak perlu menggunakan tongkat lagi. Saya sudah mula berjalan menaiki tangga dengan mudah seperti mana sebelum saya mendapat sakit lutut. Saya sangat gembira kerana doktor mengatakan saya sudah pulih dan tidak perlu menjalani pembedahan lutut.

Sedar dengan potensi Bio Disc, saya mula menggunakan Bio Disc dengan teratur. Saya akan menggosok Bio Disc pada lutut saya arah lawan jam selama 10 minit 3 kali sehari. Saya juga memastikan meminum air Bio Disc sekurang-kurangnya 6 botol sehari (500ml sebotol). Selepas 4 bulan kecederaan lutut kanan saya sudah pulih sepenuhnya, malahan saya juga mendapat faedah-faedah yang lain.

Penyakit kencing manis dan darah tinggi/hipertensi saya sekarang sudah terkawal. malah doktor telah mengurangkan pengambilan ubat-ubatan sebanyak 50%. Kerana sudaha lanju usia saya terpaksa menggunakan cermin mata ketika hendak membaca dengan kuasa 125/125. Terkejut! Sekarang saya tidak perlu lagi menggunakan cermin mata untuk membaca! Saya juga sedar yang saya semakin bertenaga dan fikiran saya lebih tajam sekarang. Saya suka mandi dengan air sejuk, tetapi memandangkan keadaan saya dahulu, saya hanya boleh mandi dengan air suam sahaja. Sekarang saya sudah boleh mandi dengan air sejuk yang menyegarkan.

Keseluruhannya, walau pun saya berusia 62 tahun, saya rasa seperti berusia 42 tahun dan boleh melakukan pekerjaan macam usia 32 tahun. Malah kawan-kawan saya perasan dengan perbezaan diri saya.

Terima kasih QuestNet dengan memperkenalkan produk kesejahteraan LUAR BIASA yang dinamakan Bio Disc.

Mr. Rama, pesara pengurus projek

Testimoni dari Lilian Chua, Singapura

Semasa pelancaran Bio Disc dalam bulan Mei, saya telah pergi ke Kuala Lumpur bersama seorang rakan perniagaan. Selepas melihat demonstrasi Bio Disc dari Dr Ian, saya ragu-ragu terhadap keberkesananya dan mempunyai banyak persoalan tentang dakwaan-dakwaan. Ramai rakan perniagaan saya yang pergi ke pelancaran itu berasa ragu-ragu dan berkata mereka tidak akan percaya kepada “sekeping kaca” ini.

Bagaimanapun, rakan saya Thomas telah membeli 2 Bio Disc dan memberikan satu kepada saya untuk dicuba. Saya mula melakukan ujikaji dengan mentenagakan semua air minuman serta meletakkan ia di bawah katil ketika saya tidur. Selepas itu saya sedar yang saya tidak lagi meminum kopi di waktu tengahari untuk menghilangkan rasa mengantuk.

Sebelum ini saya selalu berasa letih di waktu tengahari dan akan meminum kopi. Sudah menjadi kebiasaan saya untuk meminum 4 hingga 5 cawan kopi sehari. Saya juga selalu mendapat sakit kepala dan migrain akibat stress/tekanan. Saya juga mesti mendapat urutan sekali sebulan. Bagaimanapun selepas meminum air Bio Disc selama 2 minggu, saya sedar saya jarang mendapat sakit kepala dan migrain. Saya juga tidak perlu lagi untuk pergi mendapatkan urutan sejak Mei. Saya pun mula berkongsi keberkesanan Bio Disc kepada rakan-rakan perniagaan dan menggalakkan mereka untuk membeli dan mencuba produk ini. Mereka percaya kepada galakan saya dan membeli Bio Disc untuk dicuba dan mereka semuanya gembira dengan hasil yang didapati.

Saya berterusan melakukan ujikaji dengan Bio Disc ke atas sayur-sayuran dan mendapati ia mengurangkan bau kimia dari sayur-sayuran terutama brokoli. Saya menggunakan air bio untuk memasak nasi dan mendapati lebihan nasi masih elok walaupun saya membiarkan ia semalaman dan tidak meletakkan dia dalam peti sejuk.

Bio Disc juga memperbaiki kulit wajah saya. Pigmentasi kulit saya kelihatan berkurangan akibat pengaliran darah yang bertambah baik dan penghasilan sel-sel baru. Kulit saya tampak lebih muda dan sihat sekarang. Saya meletakkan pewarna rambut saya di atas Bio Disc dan mendapati kulit kepala saya kurang berasa gatal akibat dari bahan kimia pewarna rambut. Selalunya kulit kepala saya akan berasa gatal-gatal dalam seminggu selepas mewarnakan rambut saya. Saya juga mendapati walaupun tidak menggunakan pelembap rambut, warnanya tidak luntur atau berkurangan. Rambut saya juga semakin lembut dan halus.

Sekali ibu jari saya tercedera. Saya berasa sangat sakit kerana tulang ibu kaki saya telah cedera. Saya menggunakan Bio Disc dan lampu suluh untuk memecahkan gumpulan darah tersumbat. Saya sangat terkejut kesan lebam akibat gumpulan darah tadi telah hilang keesokkan harinya.

Apabila saya menyapu make-up asas saya dia atas Bio Disc, saya mendapati make-up asas saya masih bertahan sepanjang hari tanpa kesan bertompok-tompok. Ini kerana saya mempunyai kulit muka berminyak. Saya sangat mengesyorkan Bio Disc kepada setiap orang dan kamu pasti terkejut dengan apa dilakukan oleh “sekeping kaca” ini.

Testimoni dari Julie Ying, Singapura

Kenapa saya membeli Bio Disc?

Ini adalah disebabkan oleh masalah pernafasan saya. Mereka mengatakan bahawa Bio Disc ini dapat menjana tenaga dan boleh menyelesaikan masalah saya ini. Jadi saya membeli 1 untuk mencubanya. Satu hari ketika duduk membaca surat khabar, saya berasa tidak selesa kerana sukar untuk bernafas. Saya menggunakan Bio Disc dengan meletakkan ia di atas dada saya, perlahan-lahan saya berasa selesa semula.

Saya meminum air Bio Disc setiap hari dan meletakkan ia di bawah katil setiap malam. Apabila saya bangun pagi, badan saya berasa ringan dan segar. Saya juga mempunyai masalah sakit belakang dan kulit. Pada waktu malam ketika tidur kulit saya menjadi gatal. Sekarang, masalah belakang saya sudah berkurangan dan kulit saya tidak lagi berasa gatal dan menjadi bertambah licin. Masalah pernafasan saya juga dapat diatasi. Saya dapat merasakan ia telah memperbaiki kesihatan saya.

No comments:

Post a Comment